Jumaat, 24 Julai 2009



Inilah dia gubahan wang mas kahwin / hantaran. Mudah dibuat yang penting kombinasi warna. Penggunaan warna silver amat sesuai / senang dipadankan dengan apa jua warna tema.

Asal wang tu cukup jangan hilang pulak.



Disebabkan teman saya ini berkahwin dengan bangsa asing dari Jerman so untuk santapan pengantin semasa makan damai saya sediakan ini khas untuknye " Salad Darat " yang hanya diperahkan dengan air limau nipis sahaja ke atasnya dan tambah sedikit gula halus. Kalau nak pedas lagi boleh tambahkan dengan serbuk lada putih / hitam.
Saya paling suka tema pelamin ini tersangat simple cuma memerlukan lampu yang banyak dan pelbagai reka bentuk. Ruangan yang luas juga untuk sessi fotografi.


jangan tak percaya itu adalah jiasan gula-gula. Susah nak cari gula-gula nie akhirnya dapat jugak.

Disebabkan gula-gula tu manis so platik cover tidak dibuka.

Khamis, 23 Julai 2009



Ini merupakan hantaran berupa kain tudung. Ia dihias di dalam kotak anyaman rotan dan ditambah hias dengan bunga-bungaan yang yang warnanya seakan-akan warna kotak dan ikatan reben very simple.



Ini merupakan wangian diri yang bertemakan warna hidau.

Very simple asal ianya nampak menarik sudah memadai. Tak terlalu pack dengan hiasan sampingan. Padanan warna amat penting bagi menonjolkan lagi barangan hantaran tersebut.